KUALA LUMPUR: Skuad boling negara mengakhiri kempen mereka di Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) dengan pingat perak menerusi acara berpasukan wanita di Kuwait Bowling Sporting Club, pada malam Ahad.
Kuintet negara terdiri daripada Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia Norkamal terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua selepas tewas 1-2 dengan Korea Selatan di final.
Skuad Malaysia tewas 177-211, 207-169, 203-214 kepada Korea Selatan.
Pasukan boling negara mara ke final selepas menumpaskan Singapura 2-1 sementara Korea Selatan mengalahkan China 2-0.
Bagaimanapun, Juara Individu Wanita yang baru dimahkotakan Natasha Roslan direhatkan sepanjang acara berpasukan kerana kecederaan ibu jari tangan.
Sementara itu, skuad lelaki negara terdiri daripada Muhammad Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Mohd Syazirol Shamsudin dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam terlepas peluang ke separuh akhir selepas hanya berjaya menduduki tempat keenam daripada lapan pasukan dalam pusingan kedua.
Isnin lepas, Natasha mengakhiri kemarau 12 tahun negara untuk juara individu wanita di Kejohanan Dunia selepas menewaskan rakan sepasukan Li Jane 2-1.
Khamis lepas, gandingan Syafiq Ridhwan-Ahmad Muaz meraih gangsa dalam acara beregu lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Skuad Malaysia tewas 177-211, 207-169, 203-214 kepada Korea Selatan. - Gambar Bernama
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Skuad boling wanita negara akhiri kejohanan dunia dengan perak
Skuad boling negara mengakhiri kempen mereka di Kejohanan Dunia IBF dengan pingat perak menerusi acara berpasukan wanita di Kuwait Bowling Sporting Club, pada malam Ahad.